SEKALUNG BUDI 

Ruangan ini memaparkan gambar-gambar para pendidik yang telah banyak memberi sumbangan ilmu,wang ringgit,tenaga dan sebagainya demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.
.

Puan Pengetua SMKASR
Ustazah Jumaiyah Bt Hj.Hashim
.
Beliau telah berpindah daripada sekolah ini pada Februari 1998
yang lalu bagi mengisi kekosongan sebagai Pengetua baru di
Sek.Men.Keb.Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Selangor.
Segala Jasa yang telah beliau curahkan selama hampir 9 tahun
menerajui  SMKASR sememangnya menjadi kenangan abadi
kami yang tidak dapat dilupakan selamanya.
.
..
.
Ustaz Mohamad Abdul Ghani
Ketua Bidang Pendidikan Islam & B.Arab
..
Di atas kecemerlangan yang diperolehi, beliau telah berpindah daripada
sekolah ini pada bulan Mac 1998 yang lalu bagi mengisi kekosongan
jawatan sebagai Guru Penolong Kanan HEM
di Sekolah Menengah Tun Perak Melaka.
.
Sepanjang bersama beliau sebagai warga As Sharifah banyak
aktiviti yang berkaitan tentang penghayatan Al-Quran dapat dijayakan
di sekolah ini. Ini bersesuaian dengan kemahiran beliau
di dalam bidang Quran dan As Sunnah.Seorang guru yang
berdedikasi,rajin, penyabar dan tegas dalam menjalankan tugas
beliau. Kini di dalam kenangan.
.
.
back to main page